Make your own free website on Tripod.com
hasil

4.1 Sista Giardia Daripada hasil kajian yang dilakukan didapati bilangan sista Giardia lebih banyak dijumpai dalam sampel air mentah dari L.P.A. Cheras dan Sg. Langat berbanding dengan bilangan sista yang dijumpai dalam sampel air mentah dari L.P.A. Sg. Batu dan Bukit Nanas. Dalam kajian ini, lebih daripada 40% sampel air mentah dari L.P.A. Cheras dan Sg. Langat mengandungi sista Giardia sementara bagi L.P.A. Sg. Batu dan Bukit Nanas peratus kehadiran sista Giardia adalah kurang daripada 10% (Jadual 4.1, 4.2, 4.3 & 4.4). Bagi sampel air terawat dari semua loji pembersihan air tidak menunjukkan sebarang kehadiran sista Giardia.

Bilangan sista Giardia didapati paling tinggi dikesan dalam sampel air mentah dari L.P.A. Cheras berbanding dengan loji-loji pembersihan air lain. Bilangan sista tertinggi yang dikesan dari loji pembersihan air ini adalah sebanyak 1.5 sista per liter. Bagi L.P.A. Sg. Langat bilangan tertinggi dijumpai adalah sebanyak 0.66 sista per liter manakala bagi L.P.A. Sg. Batu dan Bukit Nanas, daripada 12 sampel air mentah yang dikaji hanya satu sampel sahaja menunjukkan kehadiran sista iaitu 0.35 sista per liter dan 0.28 sista per liter masing-masing.



4.2 Oosista Cryptosporidium Oosista Cryptosporidium juga didapati boleh dijumpai dari semua loji pembersihan air yang dikaji. L.P.A. Cheras menunjukkan peratusan sampel air mentah tertinggi yang positif terhadap oosista iaitu sebanyak 91.7%. L.P.A. Sg. Langat menunjukkan 58.3% sampel air mentah yang positif manakala bagi sampel air mentah dari L.P.A. Sg. Batu dan Bukit Nanas, masing-masing menunjukkan 25% positif.

Bilangan oosista tertinggi dikesan dari L.P.A. Cheras iaitu 2.50 oosista per liter. Julat kehadiran oosista bagi loji ini adalah di antara 0.2 oosista/liter hingga 2.50 oosista/liter. Bagi L.P.A. Sg. Langat, bilangan oosista dalam sampel air mentah berada di antara julat 0.2 oosista/liter sehingga 1.98 oosista/liter. Bagi L.P.A. Sg. Batu dan Bukit Nanas, masing-masing menunjukkan julat kehadiran oosista dalam sampel air mentah di antara 0.36 oosista/liter hingga 0.52 oosista/liter dan 0.17 oosista/liter hingga 0.40 oosista/liter (Jadual 4.1, 4.2, 4.3 & 4.4)

Sampel air yang telah dirawat dari keempat-empat loji pembersihan yang dikaji juga tidak menunjukkan sebarang kehadiran oosista Cryptosporidium di dalamnya.


Jadual 4.1

Bilangan sista Giardia sp. per liter dan bilangan oosista Cryptosporidium sp. per liter yang dikesan dalam sampel air mentah pada tarikh persampelan berbeza dari L.P.A. Cheras.















Tarikh Bil. sista Giardia /liter Bil. oosista Cryptosporidium /liter
27/07/95 0.29 0.56
01/08/95 0.29 0.56
28/08/95 0.00 0.00
26/09/95 0.48 1.43
28/09/95 0.40 0.80
18/10/95 0.00 0.81
26/10/95 0.00 0.80
08/11/95 1.10 0.65
30/11/95 0.00 0.20
06/12/95 1.50 2.50
08/01/96 0.39 0.78
29/01/96 0.60 0.40
PURATA 0.42 0.47 0.79 0.64
Jadual 4.2 Bilangan sista Giardia sp. per liter dan bilangan oosista Cryptosporidium sp. per liter yang dikesan dalam sampel air mentah pada tarikh persampelan berbeza dari L.P.A. Sg. Langat


  Tarikh 	 Bil. sista Giardia /liter	 Bil. oosista Cryptosporidium /liter	
 31/07/95	 0.00	 0.00	
 02/08/95	 0.35	 0.70	
 23/08/95	 0.00	 0.00	
 25/09/95	 0.43	 1.13	
 26/09/95	 0.66	 1.98	
 18/10/95	 0.00	 0.97	
 31/10/95	 0.00	 0.00	
 08/11/95	 0.40	 0.20	
 04/12/95	 0.00	 0.40	
 06/12/95	 0.60	 0.40	
 15/01/96	 0.00	 0.00	
 29/01/96	 0.00	 0.00	
 PURATA 	 0.20  0.26	 0.48  0.62	
Jadual 4.3 Bilangan sista Giardia sp. per liter dan bilangan oosista Cryptosporidium sp. per liter yang dikesan dalam sampel air mentah pada tarikh persampelan berbeza dari L.P.A. Sg. Batu.

	
  Tarikh 	 Bil. sista Giardia /liter	 Bil. oosista Cryptosporidium /liter	
 28/07/95	 0.00	 0.00	
 11/08/95	 0.00	 0.36	
 25/08/95	 0.00	 0.00	
 22/09/95	 0.00	 0.52	
 27/09/95	 0.00	 0.40	
 12/10/95	 0.35	 0.00	
 04/11/95	 0.00	 0.00	
 13/11/95	 0.00	 0.00	
 01/12/95	 0.00	 0.00	
 25/12/95	 0.00	 0.00	
 09/01/96	 0.00	 0.00	
 31/01/96	 0.00	 0.00	
 PURATA 	 0.03  0.10	 0.11  0.19	
Jadual 4.4 Bilangan sista Giardia sp. per liter dan bilangan oosista Cryptosporidium sp. per liter yang dikesan dalam sampel air mentah pada tarikh persampelan berbeza dari L.P.A. Bukit Nanas


 Tarikh 	 Bil. sista Giardia /liter	 Bil. oosista  Cryptosporidium /liter	
 26/07/95	 0.00	 0.17	
 10/08/95	 0.00	 0.00	
 05/09/95	 0.00	 0.00	
 14/09/95	 0.28	 0.28	
 29/09/95	 0.00	 0.00	
 11/10/95	 0.00	 0.40	
 02/11/95	 0.00	 0.00	
 15/11/95	 0.00	 0.00	
 29/11/95	 0.00	 0.00	
 19/12/95	 0.00	 0.00	
 16/01/96	 0.00	 0.00	
 01/02/96	 0.00	 0.00	
 PURATA 	 0.02  0.08	 0.07  0.14	
4.3 Koliform fekal

Keseluruhan sampel air mentah bagi semua loji pembersihan air menunjukkan pencemaran dengan Koliform fekal. Purata bilangannya yang dikesan dari L.P.A. Cheras adalah 30.74 X 103 /100 ml 16.61 X 103/100 ml. L.P.A. Sg. Langat menunjukkan purata kehadiran sebanyak 6.45 X 103 /100 ml 3.16 X 103/100 ml sementara bagi L.P.A. Sg. Batu, purata kehadiran Koliform fekal adalah sebanyak 1.64 X 101 /100 ml 1.30 X 101/100 ml. Purata bilangan Koliform fekal bagi L.P.A. Bukit Nanas adalah 0.69 X 101 /100 ml 0.58 X 101/100 ml.

Bilangan tertinggi Koliform fekal dari L.P.A. Cheras adalah 4.90 X 104 /100 ml sementara bilangannya yang terendah adalah 4.00 X 102 /100 ml. Bagi L.P.A. Sg. Langat bilangan Koliform fekal berada pada julat 3.70 X 103 /100 ml hingga 1.50 X 104 /100 ml. Bilangan Koliform fekal yang dijumpai dari L.P.A. Sg. Batu dan Bukit Nanas didapati lebih rendah jika dibandingkan dari L.P.A. Cheras dan Sg. Langat. Julat kehadirannya pada loji ini adalah masing-masing di antara 1/100 ml hingga 36/100 ml dan 1/100 ml hingga 20/100 ml .

Jadual 4.5 Bilangan Koliform Fekal yang didapati dalam sampel air mentah dari L.P.A. Cheras dan L.P.A. Sg. Langat pada tarikh persampelan yang berbeza.


 L.P.A. Cheras 			 L.P.A Sg. Langat	
 Tarikh	Bil. Koliform Fekal  (X103)/100 ml 	 Tarikh	Bil.Koliform  Fekal (X103)/100 ml	
 27/07/95	 53	 31/07/95	 5.2	
 28/08/95	 35	 23/08/95	 15	
 28/09/95	 0.4	 26/09/95	 6.2	
 18/10/95	 40	 18/10/95	 4.5	
 26/10/95	 33	 31/10/95	 6.7	
 08/11/95	 27	 08/11/95	 3.7	
 30/11/95	 19	 04/12/95	 5.8	
 06/12/95	 40	 06/12/95	 5.2	
 08/01/96	 11	 15/01/96	 7.0	
 29/01/96	 49	 29/01/96	 5.2	
 PURATA	 30.74  16.62	 PURATA	 6.45  3.16 	
Jadual 4.6 Bilangan Koliform Fekal yang didapati dalam sampel air mentah dari L.P.A. Sg.Batu & L.P.A. pada tarikh persampelan yang berbeza.


 L.P.A. Sg. Batu 			 L.P.A.Bukit Nanas	
 Tarikh	Bil. Koliform Fekal  (X101)/100 ml	 Tarikh	Bil.Koliform  Fekal (X101)/100 ml 	
 28/07/95	 3.4	 26/07/95	 0.2	
 25/08/95	 3.6	 05/09/95	 0.2	
 27/09/95	 0.5	 29/09/95	 0.7	
 12/10/95	 1.2	 11/10/95	 2.0	
 04/11/95	 0.6	 02/11/95	 1.2	
 13/11/95	 1.7	 15/11/95	 0.3	
 01/12/95	 2.8	 29/11/95	 0.1	
 25/12/95	 2.2	 19/12/95	 0.6	
 09/01/96	 0.1	 16/01/96	 0.8	
 31/01/96	 0.3	 01/02/96	 1.0	
 PURATA	 1.64  1.30	 PURATA 	 0.69  0.58	
4.4 Kualiti air mentah dan air yang dirawat

Setiap sampel air yang diambil diukur nilai klorin bebas, suhu, pH dan kekeruhan (turbiditi) yang terdapat di dalamnya. Keputusan bagi setiap parameter di atas dinyatakan seperti dalam jadual 4.7, 4.8, 4.9 dan 4.10.

Nilai kepekatan klorin bebas bagi sampel air mentah dan air bersih amat jauh sekali perbezaannya kerana klorin digunakan dalam rawatan air bagi sampel air bersih dari kesemua loji yang dikaji. Purata kepekatan klorin bebas bagi sampel air mentah dari L.P.A. Sg. Langat menunjukkan nilai yang tertinggi berbanding dengan loji-loji lain iaitu 0.15 0.15 mg/l. Bagi L.P.A. Cheras, Sg. Batu dan Bukit Nanas masing-masing menunjukkan purata 0.10 0.09 mg/l, 0.05 0.04 mg/l dan 0.07 0.07 mg/l. Purata klorin bebas bagi sampel air yang dirawat bagi L.P.A. Cheras, Sg. Langat, Sg. Batu dan Bukit Nanas adalah 2.02 0.43 mg/l, 2.00 0.43 mg/l, 2.14 0.40 mg/l dan 1.76 0.03 mg/l masing-masing. Julat bagi kepekatan klorin bebas bagi kesemua loji yang dikaji untuk sampel air yang dirawat adalah di antara 1.00 mg/l hingga 3.20 mg/l.

Jadual 4.7 Tahap kualiti air mentah dan air yang dirawat bagi parameter tertentu dari L.P.A. Cheras pada tarikh persampelan yang berbeza.

 Tarikh	 Klorin bebas 	 Suhu	 pH	 Turbiditi	
	 M	 R	 M	 R	 M	 R	 M	 R	
 27/07/95	 0.04	 2.40	 27	 26	 6.9	 7.1	 1000.0	 1.0	
 01/08/95	 0.03	 2.40	 27	 26	 7.2	 8.0	 102.0	 2.0	
 28/08/95	 0.01	 1.00	 27	 29	 7.2	 7.8	 544.0	 1.0	
 26/09/95	 0.30	 2.71	 27	 27	 7.3	 7.8	 1000.0	 1.0	
 28/09/95	 0.03	 2.00	 27	 28	 7.1	 8.0	 36.2	 1.6	
 18/10/95	 0.10	 1.92	 29	 29	 7.1	 7.3	 181.4	 1.0	
 26/10/95	 0.17	 1.84	 28	 29	 7.1	 7.3	 62.0	 1.5	
 08/11/95	 0.11	 2.31	 27	 28	 7.1	 7.6	 70.0	 2.0	
 30/11/95	 0.07	 1.98	 27	 27	 6.9	 8.7	 492.1	 1.0	
 06/12/95	 0.20	 2.00	 26	 27	 6.5	 7.5	 920.0	 1.0	
 08/01/96	 0.16	 1.64	 27	 28	 6.6	 7.3	 133.0	 0.5	
 29/01/96	 0.01	 2.25	 27	 27	 6.4	 6.9	 105.0	 0.6	
 PURATA	 0.10 0.09	 2.02 0.43	 27.17 0.72	 27.58 1.08	 6.95 0.34	 7.61 0.49	 346.31 397.08	 1.18 0.49 	

**	M- Air mentah
	R- Air yang dirawat
Jadual 4.8 Tahap kualiti air mentah dan air yang dirawat bagi parameter tertentu dari L.P.A. Sg. Langat pada tarikh persampelan yang berbeza.

 Tarikh	 Klorin bebas	 Suhu	 pH	 Turbiditi  					
	 M	 R	 M	 R	 M	 R	 M	 R	
 31/07/95	 0.04	 2.24	 25	 26	 7.2	 7.9	 23.0	 3.0	
 02/08/95	 0.31	 3.00	 26	 26	 7.0	 7.7	 122.0	 2.0	
 23/08/95	 0.17	 2.40	 26	 26	 7.5	 8.0	 110.2	 1.0	
 25/09/95	 0.02	 1.46	 26	 26	 7.2	 8.6	 24.2	 1.7	
 26/09/95	 0.01	 1.56	 27	 28	 7.3	 7.6	 34.0	 2.0	
 18/10/95	 0.07	 1.46	 27	 27	 7.0	 7.3	 49.0	 1.5	
 31/10/95	 0.04	 2.00	 27	 27	 7.0	 8.0	 36.3	 2.0	
 08/11/95	 0.12	 1.84	 27	 27	 7.4	 7.7	 44.1	 2.0	
 04/12/95	 0.33	 1.97	 27	 27	 6.9	 8.7	 492.0	 1.0	
 06/12/95	 0.51	 1.92	 27	 27	 6.5	 7.5	 264.0	 2.0	
 15/01/96	 0.12	 2.23	 28	 28	 6.6	 6.9	 112.0	 0.9	
 29/01/96	 0.11	 2.01	 27	 27	 6.6	 7.9	 70.1	 1.1	
 PURATA	 0.15 0.15	 2.00 0.43	 26.670.78	 26.83 0.72	 7.02 0.32	 7.82 0.50	 115.08 136.61	 1.68 0.61 	

**	M- Air mentah
	R- Air yang dirawat
Jadual 4.9 Tahap kualiti air mentah dan air yang dirawat bagi parameter tertentu dari L.P.A. Sg.Batu pada tarikh persampelan yang berbeza.

 Tarikh	 Klorin bebas 	 Suhu	 pH	 Turbiditi					
	 m	 r	 m	 r	 m	 r	 m	 r	
 28/07/95	 0.13	 2.40	 26	 24	 7.1	 10.2	 65.0	 1.0	
 11/08/95	 0.03	 2.50	 28	 28	 6.9	 7.6	 4.0	 2.0	
 25/08/95	 0.09	 2.10	 28	 27	 7.0	 9.6	 20.1	 1.8	
 22/09/95	 0.01	 2.00	 27	 28	 7.2	 7.5	 5.3	 2.0	
 27/09/95	 0.10	 1.97	 26	 27	 6.9	 7.6	 18.0	 2.0	
 12/10/95	 0.05	 2.00	 28	 29	 7.3	 10.8	 3.0	 1.5	
 04/11/95	 0.03	 2.00	 27	 28	 7.0	 7.8	 3.2	 1.0	
 13/11/95	 0.01	 2.00	 27	 28	 6.6	 7.2	 3.0	 1.0	
 01/12/95	 0.02	 2.00	 27	 28	 6.9	 7.6	 11.0	 1.7	
 25/12/95	 0.05	 1.80	 27	 28	 6.6	 7.2	 15.0	 1.0	
 09/01/96	 0.08	 3.20	 27	 27	 6.4	 8.3	 8.0	 0.9	
 31/01/96	 0.01	 1.75	 27	 27	 6.4	 7.1	 4.2	 0.9	
 PURATA	 0.05 0.04	 2.14 0.40	 27.080.67	 27.42 1.24	 6.86 0.30	 8.21 1.27	 13.32 17.39	 1.40 0.47 	


**	M	- Air mentah
   	R	- Air yang dirawat
Jadual 4.10 Tahap kualiti air mentah dan air yang dirawat bagi parameter tertentu dari L.P.A. Bukit Nanas pada tarikh persampelan yang berbeza.


  Tarikh	 Klorin bebas 	 Suhu	 pH	 Turbiditi					
 	 m	 r	 m	 r	 m	 r	 m	 r	
 26/07/95	 0.04	 2.20	 27	 27	 7.0	 8.4	 7.4	 2.0	
 10/08/95	 0.01	 2.40	 27	 27	 6.9	 8.2	 10.0	 1.0	
 05/09/95	 0.03	 1.50	 28	 27	 7.2	 9.4	 3.0	 1.0	
 14/09/95	 0.02	 1.75	 28	 28	 7.0	 7.8	 6.1	 0.9	
 29/09/95	 0.05	 1.85	 26	 26	 7.0	 7.5	 5.0	 1.0	
 11/10/95	 0.15	 1.80	 27	 27	 6.8	 7.7	 12.1	 2.0	
 02/11/95	 0.17	 1.75	 27	 27	 6.9	 7.7	 12.0	 1.8	
 15/11/95	 0.11	 1.75	 27	 28	 6.5	 7.5	 10.0	 1.0	
 29/11/95	 0.05	 1.25	 28	 27	 6.3	 7.4	 9.0	 2.0	
 19/12/95	 0.20	 1.75	 27	 28	 6.3	 7.6	 6.1	 1.0	
 16/01/96	 0.03	 1.64	 27	 27	 6.3	 7.1	 5.3	 0.8	
 01/02/96	 0.02	 1.50	 27	 27	 6.3	 7.0	 2.5	 0.7	
 PURATA	 0.07 0.07	 1.76 0.30	 27.170.57	 27.17 0.57	 6.71 0.34	 7.78 0.64	 7.38 0.64	 1.27 0.52 	


**	M	- Air mentah
   	R	- Air yang dirawat
Pengukuran suhu yang dibuat bagi semua sampel air menunjukkan nilai yang hampir seragam iaitu di antara 26 oC hingga 29 oC. Nilai purata suhu air mentah bagi Loji Pembersihan Air Cheras adalah 27.17 0.72 oC manakala purata suhu air yang dirawat adalah 27.58 1.08 oC. Bagi L.P.A. Sg. Langat, purata suhu air mentah adalah 26.67 0.78 oC dan air yang dirawat 26.83 0.72 oC. Purata suhu bagi L.P.A. Sg. Batu adalah 27.08 0.67 oC bagi air mentah sementara air yang dirawat 27.42 1.24 oC. Bagi L.P.A. Bukit Nanas pula menunjukkan purata suhu air mentah dan air bersih yang sama iaitu 27.17 0.57 oC.

Nilai pH yang diukur bagi setiap sampel air mentah adalah menghampiri nilai neutral 7. Bagi pH untuk air yang dirawat pula menunjukkan nilai yang lebih tinggi disebabkan oleh penggunaan bahan-bahan kimia bagi rawatan air. Julat purata pH bagi sampel air mentah bagi keempat loji pembersihan air yang dikaji adalah di antara 6.71 hingga 7.02 manakala bagi sampel air yang dirawat diantara 7.61 hingga 8.21.

Kekeruhan sampel air mentah boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya hujan, hakisan tebing dan juga pembuangan sisa kumbahan dan sampah sarap. Dari pengukuran yang dibuat, kekeruhan sampel air mentah dari L.P.A. Cheras menunjukkan nilai yang tertinggi dengan julatnya di antara 36.2 NTU sehingga 1000 NTU. Purata kekeruhan bagi setiap sampel adalah sebanyak 346.31 397.08 NTU. Sampel air mentah dari L.P.A. Sg. Langat juga menunjukkan nilai kekeruhan yang tinggi tetapi lebih rendah sedikit daripada L.P.A. Cheras. Julat kekeruhan airnya adalah di antara 24.2 NTU hingga 492.0 NTU dan purata bagi setiap sampel adalah 115.08 136.61 NTU. Kekeruhan sampel air mentah bagi L.P.A. Sg. Batu dan Bukit Nanas pula masing-masing berada dalam julat 3.0 NTU hingga 65.0 NTU dan 2.5 NTU hingga 12.1 NTU dengan purata bagi setiap sampel masing-masing adalah 13.32 17.39 NTU dan 7.38 3.25 NTU.

Nilai kekeruhan bagi sampel air yang telah dirawat dari kesemua loji yang dikaji menunjukkan julat di antara 0.5 NTU hingga 3 NTU. Proses rawatan air menyebabkan pengurangan nilai kekeruhan sampel air bagi setiap loji yang dikaji. Purata kekeruhan sampel air mentah dari L.P.A. Cheras telah dikurangkan sebanyak 99.7% sementara pengurangan sebanyak 98.5% berlaku di L.P.A. Sg. Langat. Bagi L.P.A. Sg. Batu sebanyak 89.5% pengurangan kekeruhan dapat dilakukan dan L.P.A. Bukit Nanas menunjukkan peratus pengurangan kekeruhan sebanyak 82.8%. Ujian t berpasangan yang dilakukan menunjukkan terdapat perbezaan bererti (p<0.05) antara nilai parameter bagi sampel air mentah dan sampel air yang dirawat di keempat-empat loji kajian (Jadual 4.11)

4.5 Perhubungan diantara kehadiran Giardia sp. dan Cryptosporidium sp. dengan Koliform fekal dan parameter fizikal air

4.5.1 Korelasi antara bilangan sista Giardia dan bilangan oosista Cryptosporidium dengan Koliform fekal.

Sista Giardia dapat dikesan dalam sampel air mentah apabila kepekatan Koliform fekal berada dalam julat 12/100 ml sehingga 2.7 X 104/100 ml sementara bagi oosista Cryptosporidium, kepekatan Koliform fekal berada dalam julat 2/100 ml hingga 4.0 X 104/100 ml. Analisis regresi linear telah dilakukan bagi mendapatkan kaitan di antara kehadiran sista Giardia dengan Koliform fekal dan juga kehadiran oosista Cryptosporidium dengan Koliform fekal. Keputusan yang diperolehi adalah tidak ada korelasi antara bilangan sista dan oosista dengan bilangan Koliform fekal. Ini menunjukkan kehadiran sista Giardia

Jadual 4.11 Ujian t berpasangan yang dilakukan bagi menguji perbezaan antara sampel air mentah dan sampel air yang dirawat dari segi parameter fizikal air di loji pembersihan air yang dikaji

					
Parameter	L. P. A. Cheras	L. P. A.  Sg. Langat	L. P. A.  Sg. Batu	L. P. A.  Bukit Nenas	
 Klorin Bebas 	 t=16.02 APB p < 0.05	 t=15.96 APB p < 0.05	 t=19.03 APB p < 0.05	 t=18.50 APB  p < 0.05 
 Suhu 	 t=1.60 **TPB p > 0.05	 t=1.48 **TPB p > 0.05	 t=1.17 **TPB p > 0.05 	 t=0.00 **TPB p> 0.05
 pH 	 t=5.39 APB p < 0.05 	 t=5.49 APB p < 0.05 	 t=4.18 APB p < 0.05 	 t=8.25 APB p < 0.05 
 Turbiditi 	 t=3.01 APB p < 0.05	 t=2.87 APB p < 0.05	 t=2.36 APB  p < 0.05	 t=7.20 APB p < 0.05 

Catatan:

APB	-Ada perbezaan bererti- p<0.05 @ p<0.01
TPB	-Tiada perbezaan bererti
p	-Had keyakinan	
Jadual 4.12 Analisis regresi linear antara bilangan sista Giardia dengan Koliform fekal dan parameter fizikal air bagi keempat-empat loji pembersihan air yang dikaji

Parameter		Sista Giardia			
	L. P. A.  Cheras	L. P. A.  Sg. Langat	L. P. A.  Sg. Batu	L. P. A.  Bukit Nenas	
 Osista Cryptosporid-ium  	 r = 0.7076 **B  (p=0.0102) 	 r = 0.5497 TB  (p=0.0641)	 r =-0.1712 TB  (p=0.5947)	 r = 0.4801 TB  (p=0.1142)
 Koliform Fekal 	 r = 0.0955 TB  (p=0.7930) 	 r = 0.2576  TB  (p=0.4725)	 r =-0.1184  TB  (p=0.7446)	 r = 0.0000 TB  (p=-----)
 Klorin Bebas 	 r = 0.3200 TB  (p=0.3106) 	 r = 0.2333 TB  (p=0.4655)	 r =-0.0065 TB  (p=0.9840)	 r =-0.2536 TB  (p=0.4265)
 Suhu 	 r =-0.6342 **B  (p=0.0268) 	 r =-0.0870 TB  (p=0.7881)	 r = 0.4318 TB  (p=0.1610)	 r = 0.4545 TB  (p=0.1376)
 pH 	 r =-0.4822 TB  (p=0.1124) 	 r = 0.0853  TB  (p=0.7921)	 r = 0.4686 TB  (p=0.1244)	 r = 0.2683 TB  (p=0.3991)
 Turbiditi 	 r = 0.3119 TB  (p=0.3237) 	 r =-0.0793 TB  (p=0.8065)	 r =-0.1869 TB  (p=0.5609)	 r =-0.1235 TB  (p=0.7021)


Catatan:
r	 = Pekali regresi pearson
B	 = Berti (ada korelasi- p<0.05 @ p<0.01)
TB	 = Tidak bererti (tidak ada korelasi)
p	 = Had keyakinan
Jadual 4.13 Analisis regresi linear antara bilangan oosista Cryptosporidium dengan Koliform fekal dan parameter fizikal air bagi keempat-empat loji yang dikaji.

Parameter		 Oosista Cryptosporidium			
	L. P. A. Cheras	L. P. A.  Sg. Langat	L. P. A.  Sg. Batu	L. P. A.  Bukit Nenas	
 Sista Giardia  	 r = 0.7076 **B  (p=0.0102) 	 r = 0.5497 TB  (p=0.0641)	 r =-0.1712 TB  (p=0.5947)	 r = 0.4801 TB  (p=0.1142)
 Koliform Fekal 	 r = 0.0770 TB  (p=0.8325) 	 r =-0.2889  TB  (p=0.4183)	 r =-0.3068  TB  (p=0.3886)	 r = 0.6196 TB  (p=0.0560)
 Klorin Bebas 	 r = 0.7056 **B  (p=0.0103) 	 r =-0.1956 TB  (p=0.5424)	 r =-0.1042 TB  p=0.7473)	 r = 0.1007 TB  (p=0.7555)
 Suhu 	 r =-0.3260 TB  (p=0.3010) 	 r = 0.0183 TB  (p=0.9551)	 r =-0.1016 TB  (p=0.7533)	 r = 0.1587 TB  (p=0.6222)
 pH 	 r =-0.2349 TB  (p=0.4624) 	 r = 0.2556 TB  (p=0.4226)	 r =0.3268 TB  (p=0.2999)	 r = 0.3250 TB  (p=0.3027)
 Turbiditi 	 r = 0.5589 TB  (p=0.0589) 	 r =-0.1360 TB  (p=0.6735)	 r =-0.1506 TB  (p=0.6405)	 r = 0.3133 TB  (p=0.3214)



Catatan:
r	= Pekali regresi pearson
B	= Bererti (ada korelasi- p<0.05 @ p<0.01)
TB	= Tak Bererti (tidak ada korelasi)
p	= Had keyakinan
dan oosista Cryptosporidium tidak dipengaruhi oleh kepekatan bakteria Koliform fekal bagi kesemua loji pembersihan air yang dikaji.

4.5.2 Korelasi antara bilangan sista Giardia dan oosista Cryptosporidium dengan parameter fizikal air

Ujian statistik telah dilakukan bagi mendapatkan perhubungan antara bilangan sista Giardia dan oosista Cryptosporidium dengan parameter fizikal air mentah seperti klorin bebas, suhu, pH dan kekeruhan. Sista Giardia dapat dikesan dalam sampel air mentah yang mempunyai kepekatan klorin bebas diantara 0.05 mg/L dan 0.51 mg/L. Oosista Cryptosporidium pula dapat dikesan dalam sampel air mentah yang menunjukkan kepekatan klorin bebas di antara 0.01 mg/L dan 0.51 mg/L. Ujian regresi linear yang dilakukan menunjukkan tidak ada korelasi antara bilangan sista Giardia dan bilangan oosista Cryptosporidium dengan kepekatan klorin bebas bagi semua loji yang dikaji kecuali L.P.A. Cheras dimana terdapat korelasi antara bilangan oosista Cryptosporidium dengan kepekatan klorin bebas (Jadual 4.12 & 4.13). Graf regresi linear bagi perhubungan ini ditunjukkan seperti dalam rajah 4.1

Secara keseluruhan, suhu sampel air mentah yang mengandungi sista Giardia dan oosista Cryptosporidium adalah di antara 26 oC dan 28 oC. Ujian statistik yang dilakukan juga menunjukkan tidak ada korelasi antara bilangan sista Giardia dan oosista Cryptosporidium dengan suhu (Jadual 4.12 & 4.13).

Pengukuran pH bagi sampel air mentah mendapati, sista Giardia dapat dikesan dalam air tersebut apabila pH menunjukkan nilai antara 6.4 sehingga 7.3 manakala bagi oosista Cryptosporidium menunjukkan nilai antara 6.4 sehingga 7.4. Kepekatan sista (1.50/L) dan oosista (2.50/L) yang tertinggi didapati apabila pH sampel air ialah 6.5 sementara kepekatan terendah sista (0.29/L) dan oosista (0.17/L) dikesan semasa pH bernilai 6.9 dan 7.0 masing-masing. Walaubagaimanapun perubahan nilai pH tidak mempengaruhi bilangan sista dan oosista.

Kekeruhan sampel air mentah yang positif terhadap kehadiran sista dan oosista ialah antara 24.2 NTU dan 1000 NTU. Ujian statistik yang dilakukan juga menunjukkan tiada korelasi antara kekeruhan dan kehadiran sista Giardia dan oosista Cryptosporidium (Jadual 4.12 & 4.13).

Rajah 4.1 Graf regresi linear yang menunjukkan korelasi (r=-0.6342 ;p<0.05) antara bilangan sista Giardia dengan suhu sampel air mentah bagi Loji Pembersihan Air Cheras.

Rajah 4.2 Graf regresi linear yang menunjukkan korelasi (r= 0.7067 ;p < 0.01) antara bilangan sista Giardia dan bilangan oosista Cryptosporidium dari Loji Pembersihan Air Sg. Cheras

Rajah 4.3 Graf regresi linear yang menunjukkan korelasi (r= 0.7056 ;p < 0.05) antara bilangan oosista Cryptosporidium dengan kepekatan klorin bebas sampel air mentah dari Loji Pembersihan Air Cheras.

Jadual 4.14

Analisis regresi linear antara bilangan bakteria Koliform fekal dengan parameter fizikal air bagi keempat-empat loji pembersihan air yang dikaji.


Parameter		Koliform Fekal			
	L. P. A.  Cheras	L. P. A.  Sg. Langat	L. P. A.  Sg. Batu	L. P. A.  Bukit Nenas	
 Klorin Bebas 	 r =-0.0988 TB  (p=0.7859) 	 r = 0.0042 TB  (p=0.9908)	 r =0.3150 TB  (p=0.3752)	 r = 0.4321 TB  (p=0.2123)
 Suhu 	 r = 0.0976 TB  (p=0.7884) 	 r =-0.2240 TB  (p=0.5337)	 r =0.1149 TB  (p=0.7520)	 r =-0.3720 TB  (p=0.2897)
 pH 	 r = 0.0640 TB  (p=0.8604) 	 r = 0.3920 TB  (p=0.2626)	 r =0.4249 TB  (p=0.2209)	 r =-0.0181 TB  (p=0.9603)
 Turbiditi 	 r = 0.4517 TB  (p=0.1900) 	 r = 0.0056 TB  (p=0.9876)	 r =0.6011 TB  (p=0.0661)	 r = 0.3895 TB  (p=0.2659)
Catatan:

r	= pekali regresi pearson
B	= bererti (ada korelasi- p<0.05 @ p<0.01)
TB	= tak bererti (tak ada korelasi)
p	= had keyakinan
4.6 Perhubungan di antara kehadiran Koliform fekal dengan parameter fizikal air.

Daripada ujian statistik yang dilakukan, didapati tidak terdapat korelasi yang bererti di antara bilangan Koliform fekal dengan semua parameter fizikal air mentah yang ditentukan iaitu kepekatan klorin bebas, suhu, pH dan turbiditi (Jadual 4.14)