This document is NOT intended to provide you with medical advice.  You should consult qualified practitioners in your area for such information.

Diabetes Mellitus (Kencing Manis)

Apakah Diabetes ?
Ia merupakan keadaan dimana badan mengalami kekurangan insulin ( atau insulin yang dikeluarkan kurang berkesan) yang menyebabkan gukos dalam darah meningkat diluar kawalan dan akhirnya dikeluarkan melalui urin (air kencing).

Apakah Insulin ?
Insulin merupakan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar hormon yang dikenali Islets di pepulau Langerhans di pankreas. Ianya berfungsi mengawal paras glukos dalam darah agar berada dalam julat 70 - 140 mg/dl (3.9 - 7.8 mmol/l) atau pada julat 70- 115 mg/dl (3.9 - 6.4 mmol/l) semasa berpuasa.

Apakah Tanda -Tanda dan Gejala Diabetes ?
Tanda yang biasa dan dapat diketahui oleh pesakit ialah:

Adalah disyorkan agar melakukan pemeriksaan secara berkala bagi menentukan keadaan Diabetes.

Apakah Jenis-Jenis Diabetes ?
1. Diabetes bagi Kanak-Kanak (Jevenile Diabetes)- berlaku pada kanak-kanak dan ianya lebih teruk kerana kanak-kanak ini memerlukan suntikan insulin bagi mengawalnya.

2. Diabetes bagi Orang Dewasa- berlaku pada orang dewasa yang kebiasaanya selepas pertengahan umur dan diklasifikasikan kepada 3 jenis:

Bagaimana Diabetes Didiagnoskan.?
1. Diabetes kebiasaannya didiagnoskan melalui ujian yang positif terhadap gula dalam air kencing

2. Cara lain adalah melalui ujian darah bagi glukos semasa berpuasa (70 - 115mg/dl). Sebarang keputusan yang melebihi paras glukos darah semasa berpuasa adalah disyaki mengidap diabetes

3. Glucose Tolerance Test (GTT) -merupakan ujian yang terbaik bagi mengesahkan Diabetes. Ia juga dapat mengetahui samada penyakit tersebut berada pada tahap permulaan, sederhana dan teruk.

Individu yang ingin melakukan ujian GTT datang ke makmal selepas berpuasa selama 10-12 jam. Ia akan diberi minum glukosa 75gm dan masa akan direkodkan sebagai 0 jam. Sampel darah dan air kencing juga diambil darinya. Sampel darah dan air kencing akan diambil kembali selepas 1 dan 2 jam kemudian. Graf akan dilakarkan seperti dalam rajah.

Apakah Bahaya Diabetes ?
1. Apabila paras glukos terlalu tinggi dalam darah, ia akan bertindak seolah-olah racun kepada sel-sel, Ia akan merosakkan sistem salur darah kapilari pada Ginjal (buah pinggang) mengakibatkan penyakit buah pinggang, kegagalan buah pinggang dan hipertensi

2. Jika salur darah retina rosak, mengakibatkan kebutaan.

3. Jika ia melibatkan salur darah koronari, mengakibatkan penyakit jantung, serangan jantung dan kematian.

4. Jika salur darah ke bahagian jari kaki yang terlibat, akan menyebabkan gangrene di bahagian yang terbabit.

5. Sel-sel otak sangat sensitif kepada paras glukos dalam darah. Paras yang sangat tinggi atau rendah boleh mengakibatkan pesakit diabetes mengalami koma.

Oleh kerana itu, diabetes merupakan satu penyakit yang bahaya jika tidak di rawat atau dikawal.

Apakah yang patut dilakukan oleh pengidap diabetik ?
Pengidap Diabetik mesti mendapat nasihat daripada doktor. Doktor akan memastikan penyakitnya itu terkawal. Pendidikan Kesihatan terutamanya terhadap masalah yang berkaitan diabetes adalah sangat penting. Pastikan paras gukos darah diketahui secara berkala dengan melakukan ujian darah. Pesakit juga boleh melakukan ujian yang khusus iaitu HBA1c (Glycoslated Haemoglobin) dan Fructosamine dan daripada keputusan ujian ini,pesakit boleh mengetahui sejauh mana pengawalan terhadap keadaan diabetik bagi jangkamasa 2 bulan dan 2 minggu yang lepas. Keputusan akan dinyatakan samada individu tersebut mengawal dengan baik, sederhana atau tiada pengawalan.

     
Previous   Home     Next  


Copyright 2001 © Cikgu Azmi Jaaffar
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara : muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati

To comment on the content of this page, send email to:

The Webmaster