This document is NOT intended to provide you with medical advice. You should consult qualified practitioners in your area for such information. |
Bagaimana Ujian Pap Smear dilakukan? Adakah ianya menyakitkan?
Doktor akan menggunakan satu alat yang dinamakan Speculum untuk membuka saluran vagina bagi mendapatkan sel-sel pada pangkal rahim (cervix). Sel-sel tersebut diambil dengan menggunakan spatula/brush. Anda akan merasa tidak selesa dan berkemungkinan sedikit kesakitan dirasai semasa sel tersebut diambil.
Kenapa Wanita patut menjalankan Ujian Pap Smear?
Ujian Pap smear dapat mengesan barah pangkal rahim sebelum ianya berlaku. Barah pangkal rahim ini boleh merebak kepada organ-organ lain dalam tubuh dan boleh mengakibatkan kematian. Pengesanannya pada peringkat awal dapat menolong membunuh sel-sel kanser ini.
Faktor Risiko bagi Kanser Pangkal Rahim
Bila Ujian Pap Smear sepatutnya dilakukan oleh Wanita?
Ujian Pap Smear sepatutnya dilakukan selepas bermulanya aktiviti seksual seseorang wanita. Kebiasaannya, Ujian Pap smear dilakukan setahun sekali sehingga 3 kali keputusan yang normal diperolehi. Selepas ini, kekerapan ujian bergantung kepada nasihat doktor anda.
Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum melakukan Ujian Pap Smear ?
Elakkan penggunaan ubat bagi vagina, krim atau douches sekurang -kurangnya 72 jam, dan jauhi daripada hubungan seks bagi tempoh 24 - 48 jam sebelum pemeriksaan. Jadual pemeriksaan adalah 2 minggu selepas hari pertama bagi haid yang terakhir.
Previous |    Home   |  
Copyright 2001 © Cikgu
Azmi Jaaffar Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara : muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati To comment on the content of this page, send email to: |