KESIMPULAN


    Giardia sp. dan Cryptosporidium sp. didapati boleh dijumpai dalam sumber air mentah bagi keempat-empat loji pembersihan air iaitu L.P.A. Cheras, Sg.Langat, Sg.Batu dan Bukit Nanas. Kepekatan sista dan oosista paling tinggi dijumpai dalam sampel air mentah dari L.P.A. Cheras. Tiada sista atau oosista yang dikesan dalam sampel air yang telah dirawat.

   Kualiti air mentah yang diambil dari empangan didapati lebih baik jika dibandingkan dengan kualiti air mentah yang diambil terus dari sungai. Ini disebabkan empangan bertindak sebagai takungan yang memberikan masa yang cukup untuk pemendakan segala pencemaran. Dalam kajian ini, sumber air mentah yang diambil dari sungai didapati lebih tercemar kerana ianya melalui kawasan kediaman, pertanian danperindustian dan menerima effluen kumbahan daripada kawasan tersebut.

   Dari kajian yang dilakukan didapati kesemua loji pembersihan air iaitu L.P.A. Cheras, Sg.Langat, Sg.Batu dan Bukit Nanas yang mengguanakan teknik pengklorinan dan penurasan sebagai kaedah untuk rawatan air adalah berkesan dalam mengurangkan sista dan oosista dari sumber air mentah.

   Oleh kerana tidak terdapat korelasi yang signifikan antara bilangan koliform fekal dengan sista Giardia sp. dan oosista Cryptosporidium sp., maka adalah dicadangkan protozoa parasit iaitu Giardia sp. dan Cryptosporidium sp. sebagai salah satu penunjuk mikrobiologi kualiti air selain daripada pengukuran koliform fekal. Harus ditekankan di sini bahawa pengklorinan hanya menghapuskan koliform fekal tetapi tidak memberi kesan kepada sista dan oosista parasit yang lebih rintang.