Make your own free website on Tripod.com


This document is NOT intended to provide you with medical advice.  You should consult qualified practitioners in your area for such information.

PAP SMEAR

Apakah Ujian Pap Smear?
Ia merupakan satu ujian ke atas sel yang diambil dari saluran servik. Sel tersebut akan diperiksa di bawah mikroskop bagi mengesan perubahan atau ketaknormalan yang boleh membawa kepada kanser pangkal rahim.

Bagaimana Ujian Pap Smear dilakukan? Adakah ianya menyakitkan?
Doktor akan menggunakan satu alat yang dinamakan Speculum untuk membuka saluran vagina bagi mendapatkan sel-sel pada pangkal rahim (cervix). Sel-sel tersebut diambil dengan menggunakan spatula/brush. Anda akan merasa tidak selesa dan berkemungkinan sedikit kesakitan dirasai semasa sel tersebut diambil.

Kenapa Wanita patut menjalankan Ujian Pap Smear?
Ujian Pap smear dapat mengesan barah pangkal rahim sebelum ianya berlaku. Barah pangkal rahim ini boleh merebak kepada organ-organ lain dalam tubuh dan boleh mengakibatkan kematian. Pengesanannya pada peringkat awal dapat menolong membunuh sel-sel kanser ini.

Faktor Risiko bagi Kanser Pangkal Rahim

Berapa tepat keputusan sesuatu ujian yang diperolehi?
Kebiasaannya 70% sensitif dan berkemungkinan 30% lagi tidak dapat mengesan sel yang tidak normal bagi satu-satu ujian. Oleh kerana itu, Ujian pap smear yang dilakukan secara berkala adalah penting untuk memberikan kebarangkalian yang tinggi bagi mengesan sel-sel yang tidak normal. Walaupun ianya bukan 100% sensitif, Ujian Pap smear secara berkala merupakan satu ujian saringan yang berkesan dan telah dibuktikan dapat mengurangkan kematian disebabkan kanser pangkal rahim.

Bila Ujian Pap Smear sepatutnya dilakukan oleh Wanita?
Ujian Pap Smear sepatutnya dilakukan selepas bermulanya aktiviti seksual seseorang wanita. Kebiasaannya, Ujian Pap smear dilakukan setahun sekali sehingga 3 kali keputusan yang normal diperolehi. Selepas ini, kekerapan ujian bergantung kepada nasihat doktor anda.

Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum melakukan Ujian Pap Smear ?
Elakkan penggunaan ubat bagi vagina, krim atau douches sekurang -kurangnya 72 jam, dan jauhi daripada hubungan seks bagi tempoh 24 - 48 jam sebelum pemeriksaan. Jadual pemeriksaan adalah 2 minggu selepas hari pertama bagi haid yang terakhir.

   
Previous   Home  


Copyright 2001 Cikgu Azmi Jaaffar
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara : muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati

To comment on the content of this page, send email to:

The Webmaster