This document is NOT intended to provide you with medical advice.  You should consult qualified practitioners in your area for such information.

Apakah Hepatitis B?

Merupakan inflamasi pada hati disebabkan oleh virus Hepatitis B.

Hepatitis B merupakan yang paling teruk daripada semua jenis hepatitis yang disebabkan oleh virus. Kebarangkalian untuk mendapat komplikasi yang teruk seperti kerosakan sel-sel hati dan mempunyai hubungkait yang rapat dengan barah hati (melebihi 200 kali risiko daripada orang normal)

Penyebaran Hepatitis B ?
3-5 % penduduk Malaysia adalah pembawa Hepatitis B. Kejadiannya adalah lebih tinggi bagi komuniti orang-orang Cina. Lebih daripada 1 juta orang di seluruh dunia mati disebabkan Hepatitis B yang kronik setiap tahun.

Bagaimana Virus Hepatitis B dijangkiti
1.Hubungan secara terus dengan darah/hasil darah yang dijangkiti

2.Melalui hubungan dengan air mani atau bendalir vagina orang yang dijangkiti.

3.Dari ibu yang dijangkiti kepada anak.
Hampir 90 % dari bayi yang dijangkiti adalah pembawa, 20-25 % daripadanya meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh Hepatitis B semasa dewasa.

Nota: Hubungan dengan bendalir tubuh yang lain seperti peluh, air mata, dan susu ibu tidak lagi dapat dibuktikan boleh menjangkiti orang lain.

Tanda-Tanda Jangkitan Hepatitis B
1.Kebanyakan kes adalah tiada tanda luar biasa dan tidak dapat dikesan. Tubuhnya akan menghasilkan imuniti terhadap virus Hepatitis B.

2.Sesetengah orang akan mengidap tanda-tanda seperti yang dinyatakan dibawah selepas 2 - 3 bulan dijangkiti.

Kebanyakan pesakit dapat sembuh dengan sendiri dan memperolehi imuniti sepanjang hayat bagi hepatitis B. 1-2 % berkemungkinan meninggal dunia disebabkan hepatitis dan selebihnya 5-10 % tidak memperolehi imuniti dan menjadi pembawa hepatitis B yang kronik.

3.Sesetengah orang yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang tanda/simptom dan juga tidak mendapat imuniti. Mereka menjadi pembawa dan menjangkitinya kepada orang lain. Lebih kurang 15-25% pembawa hepatitis B berisiko mendapat penyakit hati yang teruk seperti barah hati dan sirosis .

Perkara -perkara yang patut dilakukan bagi Pembawa Hepatitis B
1.Jangan menderma darah

2.Berkongsi benda-benda peribadi yang boleh melukakan kulit seperti berus gigi, pencukur dan pemotong kuku.

3.Berhati-hati semasa membuang benda-benda yang dicemari darah anda.

4.Pastikan pasangan seksual mendapat imunisasi atau menggunakan kondom

5.Memberitahu doktor anda bahawa anda adalah pembawa hepatitis B terutama semasa mengandung atau melakukan pembedahan.

6.Berjumpa doktor anda secara tetap.

7.Ujian darah sepatutnya dilakukan 6 bulan atau setahun sekali bagi mengesan keadaan hati anda

Bagaimana untuk menghalang daripada dijangkiti Hepatitis B?
Sehingga sekarang, tiada kaedah yang benar-benar berkesan bagi mengubat hepatitis B. Walaubagaimanapun ianya dapat dihalang daripada dijangkiti dengan mengambil vaksin hepatitis B.

Sebelum pemberian vaksin, ujian darah perlu dilakukan bagi mengetahui status hepatitis B. Doktor anda akan menerangkan kepada anda keputusan ujian darah tersebut, samada anda perlukan vaksin atau sudah mempunyai imuniti atau pembawa.

     
Previous   Home     Next  


Copyright 2001 © Cikgu Azmi Jaaffar
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara : muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati

To comment on the content of this page, send email to:

The Webmaster